Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Qasrina, Emma Rebut Senduk! Ramai Teruja Tengok Poster Senduk Swap - "Bukan Saja Berasap, Meletup-Letup Ni"

Amri Hassan
16/08/2022 09:55 MYT
Confirm berasaplah dapur bila Qasrina dan Emma Sofea terlebih kacau! Apa lagi bila keluar poster kedua-dua mereka sedang berebut senduk.

Eh! Jangan main-main. Kenapa sampai berebut senduk tu? Siap dengan muka sedia nak berlawan lagi.

Kalau ditinjau komen-komen pengguna media sosial, poster Senduk Swap yang dikongsikan pelakon-pelakon drama terbaharu itu sudah bikin ramai yang teruja.

Kata netizen nampak kelakar tapi dalam masa sama penuh dramatik nanti ni!

"Wow macam best jer," komen @jaredle3.

Tambah @serikays7616; "Mesti kena tengok!"

"Bukan saja berasap, meletup-letup ni," tulis @chaiism pula.

A post shared by Qasrina Karim (@qasqasss)



Sinopsis Senduk Swap

Senduk Swap merupakan siri komedi famili mengisahkan dua remaja, Ayu dan Sofea yang berasal dari dua latar belakang yang jauh berbeza.

Ayu berasal dari kampung dan berazam untuk menjadi chef terkenal. Manakala Sofea, seorang fashionista yang hidup dalam kemewahan di bandar.

Drama Senduk Swap dibintangi Qasrina Karim, Emma Sofea, Eizlan Yusof, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Senduk Swap akan mula bersiaran pada 9 September setiap Jumaat pukul 3 petang di saluran TA-DAA! (CH612).

#Viral #Netizen #Eizlan Yusof #Fatimah Abu Bakar #Emma Sofea #Poster #Qasrina Karim #Senduk Swap