Laman Utama

Qasrina Karim Dapat Mesej Ancaman Di IG, Mierul Aiman; "Masa Tu Kami Tengah Makan, Dia Tunjuk..."

gempak
Asyikin Mayudin
08/04/2023
08:55 MYT
Sponsor Banner
Qasrina Karim Dapat Mesej Ancaman Di IG, Mierul Aiman; "Masa Tu Kami Tengah Makan, Dia Tunjuk..."
Pelakon Mierul Aiman mengakui pasangan gandingannya iaitu Qasrina Karim ada mengadu kepadanya mengenai mesej ancaman yang diterima di Instagram.
Bagaimanapun Mierul memberitahu dia sudah memohon maaf kepada Qasrina bagi pihak peminatnya dan aktres itu pun tidak mengambil perkara tersebut terlalu serius.
“Betul (peminat DM Qasrina)… masa itu kami tengah makan, Qasrina tunjuk mesej itu pada saya. Ada orang lain juga dekat situ. Tapi saya ada minta maaf pada Qasrina.
“Dia pun kata tak apa, sebab anggap ia satu proses untuk menjadi selebriti. Saya sayangkan semua peminat sebab mereka hargai lakonan kami,” katanya kepada Gempak.
Mierul berkongsi perkara itu ketika ditemui ketika majlis pelancaran program raya Astro di Hotel Le Meridien Petaling Jaya pada Khamis.
Berkongsi mengenai hubungan dengan Qasrina, Mierul berkata dia rapat dengan aktres itu disebabkan banyak mengulang kaji dialog bersama ketika di set penggambaran.
“Qasrina sangat rapat dengan saya sebab kita banyak buat ulang kaji dialog bersama dan berbincang dengan pengarah bersama-sama.
“Bagi saya, dia seorang yang sangat berbakat… ya kami memang bercinta tapi sebagai Ronaldo dan Siakap. Ikutkan saya bercinta dan berkasih sayang dengan semua orang di set.
“Ya saya single, tapi still hustle… buat masa ini, saya anggap Qastina Karim adalah artis dan pelakon yang paling rapat dengan saya,” ujarnya.
Terdahulu, Qasrina mengakui dia mempunyai hubungan rapat dengan Mierul disebabkan bergandingan dalam drama Ustaz Instant Ustazah Scammer.
Malah, Qasrina turut mendedahkan dia juga ada menerima mesej ancaman daripada peminat Mierul namun tidak terlalu ambil serius mengenai perkara itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live