HIBURAN
Qasrina Karim & Erysha Emyra Didakwa Saling ‘Unfollow’ IG? Peminat Luah Rasa Rindu - “Mungkin Masa & Keadaan…”
Tindakan dua pelakon muda, Qasrina Karim dan Erysha Emyra yang dipercayai tidak lagi saling mengikuti (unfollow) di Instagram mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat setia mereka.
Situasi itu disedari peminat selepas tular satu video suntingan yang dimuat naik di TikTok memaparkan kompilasi gambar-gambar lama duo berkenaan ketika mereka masih rapat dan sering dilihat bersama.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat momen Qasrina dan Erysha saling berpegangan tangan, duduk bersebelahan serta tertawa mesra.
undefined
Menulis di ruangan kapsyen, pemilik akaun TikTok terbabit meluahkan rasa rindu terhadap duo itu yang pernah menjadi kegemaran ramai.
“Tengok Erysha like poster Qass je dah happy gilerr. Kami masih ingat tawa korang dulu macam tak ada apa yang mampu pisahkan.
“Awak berdua pernah jadi ‘safe place’ satu sama lain, dan jadi kebahagiaan untuk kami yang melihat dari jauh. Sekarang, mungkin masa dan keadaan dah ubah banyak perkara,” tulis pemilik akaun TikTok tersebut di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa rindu terhadap keakraban Qasrina dan Erysha suatu ketika dahulu, selain berharap agar hubungan mereka kembali jernih dan mesra seperti dulu.
“Harapkan semua okay je antara mereka berdua, nak tengok cute interaction dorang berdua lagi hm.
“Mereka dah tak saling mengikuti lagi. Hakikat yang pahit. Mungkin ada salah faham.
“Mungkin dah tak rapat macam dulu, tapi tak semestinya bergaduh. Kita doa yang baik-baik je,” komen beberapa netizen.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak namun peminat tetap berharap agar Qasrina dan Erysha dapat kembali menjalin silaturahim, walau sekadar mendoakan dari jauh.