Qasrina Masak Burger Dengan Kacang Mentega, Yummy Ker Eww?
Amri Hassan
12/09/2022 07:15 MYT
12/09/2022 07:15 MYT
Walaupun disabotaj oleh Sofea, Ayu (Qasrina Karim) tak berputus asa untuk kembali beraksi di dapur dalam cabaran pertama di Akademi Senduk Emas.
Dalam episod pertama itu, resepi rahsia Ayu untuk menggunakan tempoyak dalam masakannya malangnya telah disabotaj oleh Sofea (Emma Sofea).
Tak pasal-pasal Ayu perlu mencari ilham baru untuk menamatkan cabaran. Mujurlah Ayu ditawarkan roti bersama mentega kacang oleh rakan sekelasnya.
Tapi yang lain daripada lainnya, Ayu menggunakan mentega kacang itu sebagai resepi baharu untuk burger yang dimasaknya. Eh! Macam mana tu ek?
Nama diberi untuk masakan fusion tu pula tak nak kalah! Jamming Dengan Elvis!
"Tak sangka! Rasa kombo peanut butter dengan blueberry. Sungguh rock," demikian kata pensyarah Akademi Senduk Emas untuk hidangan unik Ayu.
Perseteruan Ayu dan Sofea makin membara dalam episod kedua minggu ini. Agak-agaknya apa nasib Ayu yang dibelenggu masalah kewangan untuk membayar yuran dapur di akademi terbabit dan adakah Sofea boleh terus selesa?
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Senduk Swap bermula 9 September setiap Jumaat, jam 3 petang di TA-DAA! (saluran 612).
Senduk Swap yang bakal bersiaran sebanyak lapan episod dibarisi barisan pelakon seperti, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Fatimah Abu Bakardan Emma Sofea

Sinopsis Senduk Swap
Siri komedi famili ini mengisahkan dua remaja, Ayu (Qasrina) dan Sofea (Emma) yang berasal dari dua latar belakang yang jauh berbeza. Ayu berasal dari kampung dan berazam untuk menjadi chef terkenal. Manakala Sofea, seorang fashionista yang hidup dalam kemewahan di bandar.
Mereka berjumpa pada hari pembukaan kolej dan terjadi sebuah kejadian misteri yang membuatkan mereka tertukar badan! Ayu dan Sofea perlu mengatasi kelemahan masing-masing untuk mendapatkan hidup mereka kembali.