Qatar dipilih sebagai tuan rumah bagi Piala Dunia 2022 yang dijangka akan berlangsung pada November hingga Disember tahun tersebut.

Qatar kini sedang mempersiapkan negaranya dengan menyediakan beberapa stadium baru menjelang tahun 2020.

Logo rasmi Piala Dunia 2022 juga telah diperkenalkan di bandar-bandar besar seluruh dunia seperti Madrid, Beunos Aires dan banyak lagi.

Berbentuk nombor lapan, ia melambangkan simbol ‘infiniti’ yang dibentuk daripada selendang Arab berwarna merah hati yang tertera ayat ‘FIFA WORLD CUP Qatar 2022’.

Rekaan logo tersebut diilhamkan daripada selendang tradisional warga tempatan yang sering digunakan sepanjang musim sejuk.

Pada Mei lalu, Qatar merasmikan Stadium Al-Janoub dengan kapasiti 40,000 penonton dalam satu-satu masa.

Stadium tersebut hasil rekaan arkitek kelahiran Britain-Iraq, Zaha Hadid yang dibina di tepi persisiran pantai dengan harga AS$575 juta (RM2.4 billion).

Biarpun Qatar pernah dilanda masalah apabila Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik, Qatar bangkit untuk membuktikan mereka tetap kukuh berdiri menerima sokongan negara luar.