Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Qila Dinobatkan Ratu Hijabista Pertama ; "Bila Kita Jaga Allah, Allah Jaga Kita"

Syafiqah Jalal
30/09/2020 14:21 MYT
Pelajar jurusan komunikasi, Qila telah dinobatkan juara Ratu Hijabista pertama di pentas akhir pertandingan tersebut yang berlangsung malam tadi

Qila atau nama sebenarnya, Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman, 21, menewaskan Tina seementara Fiffy dan Mellya tersingkir di pertengahan program tersebut.

Gadis kelahiran Kelantan ini membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang.

"Alhamdulillah saya tidak menyangka akan memenangi pertandingan ini. Betullah, bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita," katanya sebaik diumumkan sebagai juara.

Sementara itu, Tina, 24, pula menyandang gelaran naib juara. Tina membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang.

Pemenang Ratu Inspirasi Safi Hijabista pula dimenangi oleh Fiffy Afrina. Pelajar jurusan perubatan itu memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang.



Ratu Favourite pula dimenangi oleh Mellya yang menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.

Ratu Hijabista merupakan pencarian personaliti wanita berhijab yang boleh dijadikan inspirasi dan contoh positif kepada wanita-wanita di luar sana.

Di pentas akhir ini pengarah Michael Ang tampil sebagai juri jemputan disamping juri tetap Ratu Hijabista terdiri daripada Puan Sri Normala Samsuddin.

Ratu Hijabista menampilkan gandingan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim mengemudi musim pertama sebagai pengacara.

Ratu Hijabista bersiaran selama lapan episod di saluran Astro Prima (saluran 105) pada setiap Rabu bermula 12 Ogos ini pada jam 9 malam.

Instagram: @qilaistheone
#Juara #Ratu Hijabista #Qila