HIBURAN

Qistina Raisah Menangis Bukan Kerana Sahabat Kahwin, Tapi Sebab Soloz - “Dalam YouTube Tak Nampak, Depan-Depan Sado Rupanya”

Mya Amri 03/08/2025 | 09:55 MYT
Pelakon, Qistina Raisah mencuit hati netizen selepas videonya dilihat sebak dan menangis ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan tular di media sosial.

Menangis jumpa Soloz

Bagaimanapun air mata Qistina bukan kerana emosi melihat sahabatnya berkahwin tetapi disebabkan terjumpa bintang e-sukan terkenal iaitu Soloz secara berdepan buat pertama kali.

“Dia nak nangis sebab nampak Soloz, bukan sebab kawan dia kahwin, sebab nampak Soloz. Dia nangis daripada lambat masuk tadi,” ujar sahabatnya.

Terkejut Soloz sado

Dalam pada itu, Qistina mengakui agak terkejut melihat penampilan Soloz yang dikatakan sedikit berbeza berbanding di penstriman.

undefined
#Qistina Raisah #Soloz