gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Ammar Ahyan Tak Bagi Aliff Syukri Ulas Isu Telur Masam, Netizen Puji Pandai Didik Anak - “Bagus Akhlaknya, Matang & Penuh Adab”
HIBURAN
Rai 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Konsert Violet Skies Siti Nurhaliza Di Arena Of Stars Genting Highlands Julai Ini!
HIBURAN
LaLaLa Fest 2025 Gegar Jakarta Ogos Ini! LANY, Camila Cabello & Black Eyed Peas Antara Line Up Gempak
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

FILEM

Qodrat 2 Gegar Pawagam, Rakyat Malaysia Beri Pujian - “Best Sangat! Kena Tengok Lagi”

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
21/04/2025
08:50 MYT
Sponsor Banner
Qodrat 2 Gegar Pawagam, Rakyat Malaysia Beri Pujian - “Best Sangat! Kena Tengok Lagi”
Fenomena filem seram terus membara apabila Qodrat 2 berjaya mencuri tumpuan penonton Malaysia.
Sejak ditayangkan, filem arahan Charles Gozali ini telah mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Menjengah ke ruang media sosial, rata-rata penonton memberikan ulasan dan maklum balas positif dan langsung tidak mengecewakan.
Jalan cerita yang kemas, babak-babak mendebarkan yang penuh suspen, dan elemen seram yang lebih padu telah berjaya mengikat emosi penonton dari awal hingga akhir.
“Filem hebat berkualiti tinggi dari Indonesia,” ujar Syafiq Yusof.
“Filem seram terbaik tahun ini,” kata seorang pengguna.
“Tak cakap banyak memang 10/10,” komen penonton lagi.
“Bukan biasa-biasa,” komen penonton teruja.
“Sebagai peminat filem horror, saya sangat approve!,” komen penonton gembira.
“Setuju! Cerita ni memang best, tak menyesal tengok,” tulis netizen lain.
“Best sangat! Ni nak kene repeat ni,” komen penonton lagi.
Ada juga yang memuji keberanian pengarah dalam menampilkan sisi gelap kepercayaan mistik, digabung pula dengan sinematografi yang menarik dan kesan bunyi yang membuat ramai meremang.
Filem Qodrat 2 bukan sekadar filem seram biasa, tetapi menyentuh elemen spiritual yang sangat dekat dengan masyarakat kita.
Untuk info, filem Qodrat 2 terbitan MAGMA Entertainment dan Astro Shaw ini masih mengikuti perjalanan Ustaz Qodrat (Vino G. Bastian) selepas menyelamatkan Alif daripada cengkaman Asuala.
Kali ini, tumpuan beralih kepada usahanya mencari isterinya, Azizah (Acha Septriasa) yang mengalami kemurungan selepas hilang akidah.
Berbeza dengan Qodrat (2022) yang masih penuh misteri, filem kedua ini menyajikan kisah yang lebih mendalam dan perlahan-lahan menyingkap latar belakang keluarga Qodrat.
Dengan visi sedemikian, pengarah, Charles bijak memutuskan untuk mengubah sudut pandangan bercerita. Tumpuan kini beralih kepada Azizah, isterinya.
Saksikan Qodrat 2 yang kini ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Filem
#Penonton
#Positif
#Pujian
#2”
#“Qodrat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement