Que Haidar Berkongsi Persiapan Nak Balik Raya, 20 Baju Melayu Siap Digosok

Elrafaei Sapi
Jun 2, 2018 10:08 MYT
Mungkin terlalu awal untuk pulang beraya tapi percayalah selebriti juga pening kepala kemas beg pakaian untuk pulang di hari lebaran tidak lama lagi.
Bagi pelakon popular, Que Haidar berkongsi cerita bagaimana isterinya mengemas pakaian mereka sekeluarga untuk balik beraya.
Dalam status di Instagramnya, Que bercerita panjang lebar mengenai kemas beg bukan tugas mudah.
Ujarnya, ia adalah tugas paling mencabar bagi seorang isteri. Malah, isteri juga perlukan fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus dan masa yang optimum untuk melakukan tugasan tersebut dengan baik.
Tambahnya, setiap baju yang dibawa pulang beraya juga berbeza dari balik kampung, baju untuk masak malam raya, pagi raya, baju ke dapur di hari raya sehingga pada malam Aidilfitri.
Paling mencuit hati netizen apabila Que memberitahu jenis tudung yang dipakai berbeza mengikut situasi sama ada di dapur, pagi raya atau dipadankan dengan baju kasual.
Lebih kelakar, cerita jenis pelbagai pin baju termasuk 20 pasang baju Melayu yang sudah siap digosok.
"Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @the_haidars
#Que Haidar #Aidilfitri