Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Queen Control Pulak Ye!” - Jadi Suami Ameera Khan, Aksi Do Re Mi Ibu Neelofa Ini Cuit Hati Netizen

Azwa Rahman
16/04/2020 12:27 MYT
Ibu kepada pengacara dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mencuri perhatian wargamaya apabila beraksi bersama anaknya Ameera Khan menerusi satu babak filem Do Re Mi.

Menerusi laman sosial Instagram, Kartini memuat naik video tersebut untuk tatapan umum.

“Hari ni kena jadi laki LMK (Little Miss Khan). Queen control la pulak ye!” tulis Kartini di ruangan kapsyen.

Harini kena jadi laki LMK .. Queen control laa pulak ye!!!

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on

Menerusi babak filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tersebut, Kartini menjadi Re manakala Ameera memegang watak sebagai isteri Re yang pemarah.

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi dua beranak ini.

“Hahahaha kiut aunty! Buat dengan Neelofa macam ni please,” tulis seorang wargamaya.

“Allahuuu comelnya baby dan datin!” komen seorang wargamaya.

“Bestnya datin layan anak-anak macam ni, sporting,” puji seorang wargamaya.

“Hahaha PKP punya penangan ye ni,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan oleh warga Instagram.

#Neelofa #Ameera Khan #Noor Kartini
;