Quick Trim! Kedai Ini Guna Kaedah Baru, Gunting Rambut 120 Pelanggan Dalam Hanya 2 Jam? Eh Macam Mana Pula Tu?

Hanafis Haris
Jun 11, 2020 07:29 MYT
Hampir tiga bulan tanpa sebarang perkhidmatan guntingan rambut, pastinya orang ramai akan berpusu-pusu ke kedai berhampiran.
Pelepasan diberi oleh kerajaan sempena Perintah Kawalan Pegerakan Pemulihan (PKPP) ibarat berita gembira tidak kira pelanggan atau pemilik kedai.
Namun, masalah dihadapi ketika ini pastinya lambakan pelanggan yang terpaksa beratur panjang menunggu giliran.
Menyedari permasalah tersebut, sebuah kedai di Klang tampil menyelesaikan itu berkenaan dengan melakukan guntingan rambut secara ekspress atau 'quick trim'.
Masih mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), kedai tersebut hanya membenarkan tiga pelanggan dalam satu-satu masa.
Namun, apa yang menariknya, tempoh pengguntingan rambut telah diterhadkan.
Dalam masa dua jam saja, kedai tersebut mampu menggunting rambut pelanggan sebanyak 120 orang. Laju!
Jumlah ini pastinya memberi kelebihan pada sesiapa yang hanya mahukan 'quick trim' tanpa sebarang gaya yang rumit.
Difahamkan, setiap potongan dicaj sebanyak RM15.
Sumber: SinChew Daily
Gambar : Oriental Daily
#Barber #PKPP #Trim Rambut