Hiburan
'A Quiet Place 2' Bakal Mulakan Penggambaran, Terjah Pawagam Mei 2020
Filem seram misteri penuh debaran, 'A Quiet Place' yang cemerlang dengan kutipan pecah panggung sebanyak USD341 juta nampaknya bakal memulakan penggambaran filem keduanya.
'A Quiet Place 2' bakal menjalani penggambarannya pada bulan Jun ini di sekitar New York, Amerika Syarikat.
Produser filem, Andrew Form mengesahkan bahawa John Krasinski menulis filem sekual ini pada Oktober tahun lalu namun tidak tahu sama ada adakah dia juga yang akan mengarahkan filem ini seperti filem yang pertama.
Memetik temubual bersama The Hollywood Reperter, Krasinski menegaskan sekual filem ini tidak semestinya menumpukan kepada keluarga yang sama seperti filem pertama mahupun makhluk asing yang sama.
"Ia bukan seperti filem 'Alien' atau 'Jaws' dimana watak jahatnya adalah makhluk yang sama. Sekual ini berbeza dengan filem pertama", jelasnya lagi.
Filem 'A Quiet Place' mengisahkan mengenai keluarga Lee Abbott lakonan John bersama isterinya, Evelyn Abbot (Emily Blunt) dan dua anak mereka, Regan (Millicent Simmonds) serta Marcus Abbott (Noah Jupe).
Mereka sekeluarga yang menetap di New York melarikan diri daripada serangan makhluk asing dan terpaksa bergantung kepada bahasa isyarat sehingga menyebabkan kematian suaminya.
‘A Quiet Place’ 2 akan berada di pawagam pada 15 Mei 2020.
Must-Watch Video