Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rachel Tan Kongsi Cabaran Pembikinan Filem Hollywood, Sight - “Adakalanya 16 Jam”

Mya Amri
05/08/2024 07:30 MYT
Bekas ratu cantik Malaysia yang kini bergelar penerbit di Hollywood, Rachel Tan berkongsi tentang filem terbitannya berjudul, Sight.


Cabaran pembikinan filem Sight


Menurut Rachel, antara cabaran yang dihadapi ketika pembikinan filem adalah dari segi masa.

“Banyak yang kami tempuhi antaranya bekerja selama 16 jam sehari malah sebelum pembikinan bermula pun kami sudah menempuhi cabaran yang panjang dari segi masa di belakang tabir.


“Antaranya dari segi penceritaan kisah itu, pengumpulan dana, pelaburan, bacaan skrip, sesi uji bakat pemilihan pelakon dan sebagainya.

“Adakalanya akan berbincang lebih 12 jam ketika sesi bacaan skrip, kadang tujuh atau lapan jam, itulah antara proses yang harus dilalui,” katanya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN:Guna Mayat Sebenar Dalam Penggambaran, Pierre Andre Kongsi Kisah Mistik – “Katanya Ada Roh Yang Tak Tenteram Ikut Balik”


ARTIKEL BERKAITAN:Penangan Nama Di Ending Kredit Deadpool & Wolverine, Zizan Terkejut Orang Mula Beri Gelaran Supehero - “Saya Keluar Pergi Kedai Makan..”

ARTIKEL BERKAITAN:MIFFest 2024: Filem ‘Abang Adik’ Berjaya Rangkul Dua Anugerah Utama, Ini Senarai Pemenang Anugerah Global Emas Malaysia 2024

ARTIKEL BERKAITAN:Jack Tan Berjaya Raih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pada Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) Ke-7

ARTIKEL BERKAITAN:Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

Harap dapat tayang di Malaysia


Berbicara mengenai filem itu lagi, sebagai anak Malaysia, Rachel juga berharap agar Sight dapat ditayangkan di negara ini.

“Sudah pasti harapan saya adalah untuk menayangkan filem itu di Malaysia kerana tempat kelahiran saya.

“Saya harap ada berita baik nanti yang akan disampaikan,” ujarnya.


Terdahulu, Sight berjaya ditayangkan di lebih 2000 pawagam di Amerika Syarikat.

Filem keenam terbitan Rachel ini dibintangi oleh calon penerima anugerah Oscar, Greg Kinnear dan Terry Chen.
#Hollywood #Filem #Penerbit #Cabaran #Sight #Rachel Tan