Raden Muhammad Rafael Nama Baby Boy Mawar Rashid

Asraf Aided
Mac 15, 2019 08:11 MYT
Pelakon Mawar Rashid mendedahkan nama anaknya yang baru dilahirkan pada malam Rabu lalu.
Mawar dan suaminya Raf Yaakob telah memilih Raden Muhammad Rafael sebagai nama anak mereka itu.
Perkara itu dikongsi Mawar menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
“Assalamualaikum dan Salam Jumaat, MawaRaf nak kekalkan baby kami kepada semua.
“It’s a healthy 3.4 kg baby boy, we named him Raden Muhammad Rafael,” tulisnya sebagai kapsyen.
Di ruangan komen pula, rata-rata pengikut Mawar mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat bayi mereka itu.
#Mawar Rashid