Laman Utama
“Raden Seri Riyanna Sayang, Cantik Dan Unik”- Ramai Puji Nama Anak Ketiga Mawar Rashid
Pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob memilih nama yang cukup cantik buat anak ketiga mereka iaitu Raden Seri Riyanna Sayang.
Nama itu dikongsi sendiri oleh Mawar menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menerut Mawar, dia bersyukur kerana dapat bersalin secara normal dan proses melahirkan bayi ketiganya juga dipermudahkan.
“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, sama seperti dua orang anak saya, Rafael dan Cinta.
“Terima kasih semua atas doa-doanya. Kata hai pada Raden Seri Riyanna Sayang,” coretnya.
Bagaimanapun, Mawar dan Raf masih belum berkongsi wajah anak perempuan mereka dan menutupnya dengan emoji.
Dalam hantaran yang sama, Mawar juga berkongsi akaun Instagram rasmi anak ketiganya iaitu @sayangraf.
Sementara itu, di ruangan komen pula rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah selain memuji pemilihan nama anaknya yang begitu cantik dan unik.
Sehingga kini seramai lebih 650 orang telah mengikuti akaun Instagram berkenaan.
Terdahulu, Mawar dan Raf berkahwin pada 9 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 5, dan Raden Seri Rossabella Cinta, 3.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video