Hiburan
Radin Masuk Hospital, Peminat Doa Segera Sembuh
Penyampai radio ERA dan pengacara, Radin telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Radin berkongsi gambar ketika sedang berada di hospital dan menerima rawatan susulan akibat masalah kesihatan yang dialaminya itu.
"All is well. Bagi abam rest kejap ye," tulisnya ringkas beserta gambar ketika berada di hospital.
Rata-rata peminat serta rakan artis terkejut dengan keadaannya meninggalkan komen mendoakan semoga Radin kembali sembuh seperti biasa.
Walau bagaimanapun, Radin tidak mendedahkan punca sebenar dia dimasukkan ke hospital.