Hiburan
Radin Tak Menyesal Tolak Tawaran Berlakon
Penyampai radio Era FM, Radin akui tidak menyesal setelah menolak beberapa tawaran berlakon pada tahun lalu.
Radin atau nama Radin Amir Affendy berkata dia tidak mampu untuk melakukan banyak perkara demi mengejar populariti.
"Tahun lalu saya ada terima banyak tawaran berlakon tetapi semuanya saya terpaksa tolak kerana saya tak mampu buat semua perkara dalam satu masa.
"Lagipun kerja sebagai penyampai radio, masa adalah terhad. Jadi saya tidak mahu terima tawaran berlakon kerana masa yang tidak mengizinkan.
"Saya tak menyesal tolak tawaran berlakon itu. Bukan saya menolak kerana tidak mahu menggunakan peluang yang ada, cuma saya rasa baik saya fokus apa yang saya mahu buat dahulu
"Saya percaya pada rezeki, bila tiba masa yang sesuai saya akan berlakon juga," katanya kepada Astro Gempak
Radin yang bersiaran di Super 40 Era bermula jam 8 hingga 12 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat, turut merupakan pengacara untuk AM Live di Astro Ria (104).
Radin menegaskan 2017 adalah tahun untuk dia menyerlahkan dirinya dalam bidang pengacaraan.
"Bidang utama saya adalah penyampai radio dan mengacara, jadi lebih baik saya fokus kepada dua perkara ini.
"Tahun 2017 ini saya mahu kembangkan lagi bakat saya dalam bidang pengacaraan dan serlahlan lagi diri dalam bidang penyampaian radio," katanya lagi.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video