Pelakon dan suami kepada aktres Mawar Rashid, Raf Yaakob melahirkan rasa syukur selepas kedua anak kesayangannya, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela yang dimasukkan ke hospital beberapa hari sudah dibenarkan keluar.

Menurut Raf, Rayyan disahkan positif Influenza A manakala Chanela akibat Influenza B.

Berita itu dikongsi oleh Fahrin menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG) miliknya, semalam.

"Alhamdulillah, my 2 Radens @radenrayyan & @raysaachanela dah keluar hospital.

"Memang tengah musim Influenza A & B sekarang ni," tulisnya.

Sementara itu, Raf juga berpesan kepada ibu bapa lain supaya mendapatkan vaksin selesema serta cepat mendapatkan rawatan doktor jika mengalami demam panas.

"Best if you all get a flu vaccination done. If demma panas on/off for more than a day, cepat2 jumpa doctor," tulisnya lagi.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November tahun lalu.

Kini, Mawar sedang sarat hamil tujuh bulan.

Alhamdulillah, my 2 Radens @radenrayyan & @raysaachanela dah keluar hospital. Memang tengah musim Influenza A & B sekarang ni. Best if you all get a flu vaccination done. If demam panas on/off for more than a day, cepat2 jumpa Doctor.

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on