Laman Utama
Raffi Ahmad Berjaya Ubah Isteri, Dulu Malas Tapi Sekarang...
Perkahwinan seringkali membawa perubahan dalam fasa kehidupan seseorang.
Tidak terkecuali, pengacara popular Indonesia, Raffi Ahmad dan isterinya Nagita Slavina.
Menurut Nagita, kehidupannya banyak berubah selepas membina masjid bersama suaminya itu pada tahun 2014.
Memetik laporan Liputan6, Nagita akui dirinya yang dahulu agak manja dan pemalas, namun Raffi berjaya mengubahnya menjadi seorang wanita yang rajin.
"Setelah berkahwin dengan Raffi, banyak perkara yang dia ajar, dari bagaimana mahu kerja, bagaimana memaksimakan apa yang kita punya, dan banyak lagi yang didorong.
"Sejujurnya, saya dulu seorang yang pemalas, jadi cita-cita saya dahulu tidaklah mahu pergi jauh, hanya mahu jadi suri rumah dan ibu.
"Jadi saya tak nak kerja selepas berkahwin, kerja selepas lulus kuliah sahaja, tetapi selepas kahwin, saya akan di rumah," katanya.
Nagita berkongsi cerita dalam program temu bual Seribu Kali Cinta The Series baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, Nagita gembira kerana dia mampu menggalas tanggungjawab sebagai suri rumah dan bekerja atas dorongan Raffi.
"Tetapi ternyata saya boleh jalani kedua-duanya, ini adalah hasil sokongan daripada Raffi," tambahnya.
Sekadar info, Raffi dan Nagita memiliki seorang cahaya mata, Rafathar Malik yang kini berusia enam tahun.