Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Raffi Ahmad Cedera Jatuh Lembu Seberat 1,000 Kilogram

Maliah Surip 23/04/2025 | 00:55 MYT
Hos terkenal Indonesia, Raffi Ahmad tercedera selepas jatuh daripada lembu seberat 1,000 kilogram atau 1 ton sewaktu sedang menjalani penggambaran program bersama Irfan Hakim.
Raffi diketahui mengalami kecederaan pada bahagian peha kanan dan belakang kepala selain lebam.
Insiden tersebut terjadi sewaktu Raffi sedang duduk di atas seekor lembu milik Irfan di Sukabumi, lapor Detik.com. Lembu peliharaan Irfan diketahui memiliki berat badan yang luar biasa.
Berkongsi mengenai kejadian yang terjadi, Irfan memberitahu: “Kami sedang menjalani penggambaran. Raffi sudah duduk di atas lembu tetapi hilang keseimbangan badan lalu terjatuh.”
Raffi kemudian berseloroh dengan mengatakan: “Irfan meniupkan sesuatu di telinga lembu dia. Sepatutnya kami naik berdua tapi baru saya seorang sudah jatuh. Kalau tidak mesti kami berdua jatuh.”
Pasca insiden yang terjadi, Raffi sempat memeriksa kecederaan di klinik kerana bimbang sesuatu yang lebih teruk terjadi kepada anggota badannya.
“Saya lakukan CT scan sebab tadi selepas jatuh ada rasa pening. Tapi kita kuat,” katanya lagi yang memastikan keadaan dirinya stabil.
#Viral #Indonesia #Cedera #Raffi Ahmad #Lembu