Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Raffi Ahmad Minta Bukti Terbabit Penggubahan Wang Haram Kerana Terlalu Kaya

Maliah Surip
03/02/2024 06:31 MYT
Nama selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad sedang hangat menjadi bualan selepas didakwa terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram.

Dakwaan tersebut dibuat oleh Ketua Umum DPP National Corruption Watch (NCW), Hanifa Sutrisna.

BERITA TRENDING: Raffi Ahmad Ditahan Imigresen Kerana Bawa Terlalu Banyak Wang Tunai

Menerusi video yang tersebar, Hanifa mendakwa telah mengumpul bukti tentang penglibatan secara langsung Raffi Ahmad dengan aktiviti haram tersebut.

“Ada ratusan akaun yang dimiliki saudara Raffi Ahmad ini merupakan syarikat yang tidak wujud dan ia menguruskan wang-wang haram yang dimiliki oleh suspek yang menerima rasuah,” dakwa Hanifa.

Mendengarkan dakwaan tersebut, suami Nagita Slavina itu pantas menafikannya.

PILIHAN PEMBACA:Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji

Raffi malah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai sebuah fitnah tidak berasas dan sengaja ditimbulkan atas dasar kepentingan politik.

“Sebenarnya saya tidak mahu jawab isu ini, cuma saya merasa fitnah ini sudah keterlaluan sekali, banyak klien yang bertanya juga.

“Jelas saya katakan tidak benar adanya. Jadi jangan percaya sama hal hal seperti itu.

“Mungkin sekarang sedang musim politik. Saya bukan ahli politik tapi mendukung salah seorang ahli politik, mungkin kerana itu ya (fitnah),” ujar Raffi seperti dilaporkan Kompas.com.

Tambah Raffi dia sangat terkejut kerana dikaitkan dengan aktiviti penggubahan wang haram.

“Saya kaget dengan tuduhan cuci wang haram, sama sekali tidak ada. Kalau tidak percaya boleh periksa. Banyak pembelian termasuk bangunan juga saya hutang,” katanya lagi.

#Viral #Indonesia #Raffi Ahmad #Wang Haram
;