Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rahang Wanita Terkehel Akibat Ketawa Terbahak-Bahak

Fiza Kamarudin
09/05/2017 09:00 MYT
Memang ketawa terapi terbaik untuk hilangkan tekanan perasaan tetapi biarlah berpada-pada.

Buktinya, seorang wanita terpaksa menahan sakit akibat terkehel tulang rahang kerana ketawa terbahak-bahak dalam tempoh yang lama.

Kejadian itu berlaku di China ketika wanita yang dikenali sebagai Qiao itu dalam perjalanan menaiki kereta api dari Naning ke Bandar Qingdao di Shandong baru-baru ini.

Bagi menghilangkan rasa bosan sepanjang perjalanan 28 jam, Qiao meluangkan masa untuk bermain kad bersama pasangannya.

Ketika sedang ketawa dia terdengar satu bunyi 'pop' sebelum menyedari mulutnya sudah tidak boleh ditutup lagi.

Pasangannya yang menyedari kejadian itu terus mendapatkan bantuan daripada kakitangan kereta api itu lantas menambah kelajuan untuk sampai ke stesen seterusnya di Guilin secepat mungkin.

Qiao dirawat selama dua jam sehingga pulih seperti sedia kala.



Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: World of Buzz
#Viral #Viral #China #Ketawa #Rahang Terkehel
;