Rahim Sepahtu Bakal Jalani Pembedahan Usus, Shuib Mohon Peminat Mendoakan Sahabatnya

Zulaikha Yusof
Oktober 17, 2018 23:50 MYT
Pelawak Shuib Sepahtu memohon kepada semua pihak untuk mendoakan agar pembedahan yang dijalani oleh sahabatnya, Rahim Sepahtu berjalan lancar.
Menerusi entri terbaru di Instagram (IG) miliknya, Shuib memberitahu Rahim akan menjalani pembedahan usus ataupun dipanggil 'bariatric surgery'.
"Kita doa sama-sama, insyaallah @rahimr2," tulis Shuib.
Rata-rata peminat turut sama mendoakan agar dipermudahkan pembedahan tersebut serta cepat sembuh.
"@_khuzaimi_muhamad_: Saya doakan semoga cepat sembuh abang Rahim. Amin."
"@widiebasari: Semoga dilindungi dan dipermudahkan oleh Allah untuk Rahim menjalani operation usus. Amin."
"@sheilashadan: Semoga Rahim cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya dengan selamat. Insyaallah."
"@ammartyger: Semoga dipermudahkan segala urusan dan sembuh dengan cepat..Amin."
"@rosmi_mawar: Semoga cepat sembuh amin."
#Shuib SepahTu #Rahim Sepahtu