Sejak kebelakangan ini, tular kisah peribadi Duchess of Sussex, Meghan Markle bersama bapanya, Thomas Markle.

Terbaru, Meghan telah mendedahkan bahawa dirinya takut untuk bercakap dengan bapanya kerana bimbang perbualan mereka akan dibocorkan kepada pihak media.

Menurut sumber, Meghan turut kecewa dengan konflik hubungan yang tercetus antara mereka berdua.

"Dia tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan bapanya tanpa mengetahui dirinya tidak dieksploitasi.

"Dia tinggal dalam ketakutan mengenai bapanya yang akan membocorkan rahsia perbualan mereka berdua," kata sumber.

Dalam pada itu, Meghan turut menyatakan bahawa dia berasa amat sukar untuk membina kepercayaan terhadap bapanya.

Thomas, 74, tidak hadir ke perkahwinan Meghan bersama putera Harry pada bulan Mei lalu dan pelbagai khabar angin mengenai hubungan mereka merebak selepas itu.


Teks : Asraf Aided
Sumber : London Evening Standard