RAHSIA Zodiak 100 Selebriti Malaysia — Ini TIPS Kenali Kekuatan Diri, BACALAH, Tafsirannya Aneh Tetapi Benar

MENGHAMPIRI tirai hujung tahun 2017 yang bakal menutup episod kehidupan penuh pancaroba, jom, kita lihat kembali sifat-sifat yang tersembunyi di sebalik zodiak selebriti Malaysia ini.
Ada beberapa perkara positif yang boleh kita jadikan panduan untuk menggilap potensi diri berdasarkan zodiak masing-masing. Siapa agaknya yang sebintang dengan anda? Siapa pula yang sama kecenderungannya dengan anda?
Capricorn
21 Disember – 20 Januari
Sifat-sifat Capricorn: Praktikal, bercita-cita tinggi, berdisiplin, berjiwa besar, cekal, penyabar, berhati-hati, agak lucu orangnya namun ada masanya dia bersifat perahsia dan tidak mahu orang lain melangkah terlalu jauh ke dalam hidupnya.
Siapa Berbintang Capricorn?
Black Hanifah, 21 Disember 1987
Dato’ Siti Nurhaliza, 11 Januari 1979

Anzalna Nasir, 9 Januari 1988

Aquarius
21 Januari – 19 Februari
Sifat-sifat Aquarius: Mesra, mudah berkawan, mudah berasa kasihan kepada orang lain, jujur, setia, tidak suka meniru atau mengikut orang lain, suka mencipta perkara baru, berdikari dan intelektual.
Siapa Bernaung Bawah Zodiak Aquarius?
Aizat Amdan, 21 Januari 1989
Cristina Suzanne, 22 Januari 1985
Tasha Shilla, 25 Januari 1987
Saharul Ridzwan, 26 Januari 1989
Erra Fazira, 9 Februari 1974

Neelofa, 10 Februari 1989

Pisces
20 Februari – 20 Mac
Sifat-sifat Pisces: Suka berfantasi dan berimaginatif, sensitif, mudah berasa belas kasihan, baik hati, tidak mementingkan diri sendiri, intuitif dan lemah-lembut apabila berbicara.
Selebriti Ini Adalah Wajah-wajah Pisces:
Hafiz Suip, 27 Februari 1990
Nora Danish, 7 Mac 1982

Rozita Che Wan, 9 Mac 1973

Aries
21 Mac – 20 April
Sifat-sifat Aries: Tidak gentar kalau diberikan cabaran baru, energetik, suka merintis perkara-perkara baru dan menjadi orang pertama dalam satu-satu hal, berani, bertenaga, dinamik dan berkeyakinan tinggi.
Berikut Adalah Selebriti Berbintang Aries:
Zizan Razak, 15 April 1984
Lisa Surihani, 23 Mac 1986

Fasha Sandha, 28 Mac 1984

Taurus
21 April – 21 Mei
Sifat-sifat Taurus: Penyabar, boleh diharap dan dipercayai, baik hati, penyayang, konsisten dan fokus apabila melakukan satu-satu pekerjaan, beriltizam tinggi, pengasih dan bersifat melindungi.
Antara Personaliti Taurus yang Terkenal di Malaysia:
Hairul Azreen, 23 April 1988
Ziana Zain, 2 Mei 1968

Kilafairy, 17 Mei 1992

Gemini
22 Mei – 21 Jun
Sifat-sifat Gemini: Mudah menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan, versatil, serba boleh, memilki banyak kebolehan, bijak berkomunikasi, bersemangat, tinggi daya humor, intelektual, aktif, berjiwa muda dan menghiburkan.
Selebriti Ini dilahirkan Dengan Zodiak Gemini:
Janna Nick, 1 Jun 1995
Scha Alyahya, 30 Mei 1983

Sharifah Sakinah, 28 Mei 1989

Cancer
22 Jun – 23 Julai
Sifat-sifat Cancer: Emosi yang dalam, penyayang, intuitif, kreatif, selalu berimaginatif, berhati-hati apabila membuat satu-satu keputusan, bersifat melindungi dan mudah berasa simpati kepada orang lain.
Insan Seni Ini Berzodiak Cancer:
Syafiq Kyle, 24 June 1992
Ning Baizura, 28 Jun 1975

Dayang Nurfaizah, 20 Julai 1981

Leo
23 Julai – 23 Ogos
Sifat-sifat Leo: Pemurah, baik hati, kreatif, bersemangat tinggi, berfikiran terbuka, ikhlas, pengasih dan selalu bersedia menerima perubahan dengan dada lapang.
Antara Wajah Ternama Berbintang Leo:
Cik Puan Juliana Evans, 5 Julai 1989
Awal Ashaari, 6 Ogos 1981

Shila Amzah, 13 Ogos 1990

Virgo
24 Ogos – 23 September
Sifat-sifat Virgo: Merendah diri orangnya, agak pemalu, cerewet, boleh dipercayai, praktikal, rajin, bijak dan selalu menganalisa sesuatu perkara dengan mendalam sebelum mengambil sebarang tindakan.
Sharnaaz Ahmad, 29 Ogos 1985
Jihan Muse, 29 Ogos 1983

Amyra Rosli, 24 Ogos 1991

Libra
24 September – 23 Oktober
Sifat-sifat Libra: Diplomatik, romantik, mudah memikat hati orang, mudah berkawan, senang bergaul dengan sesiapa sahaja, suka bersosial, berfikiran ideal dan selalu mencari keharmonian dalam perhubungan.
Wajah Popular Ini Merupakan Kelahiran Libra:
Fazura, 27 September 1983
Izara Aishah, 28 September 1992

Bella Dally, 27 September 1991

Scorpio
24 Oktober – 21 November
Sifat-sifat Scorpio: Tegas dan bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat, cekal, tidak mudah patah semangat namun memilki emosi yang dalam, intuitif, berkuasa, bersemangat tinggi, magnetik dan suka menggembirakan orang yang didampinginya.
Selebriti Berikut Bernaung d Bawah Zodiak Scorpio:
Zul Ariffin, 25 Oktober 1986
Yuna, 14 November 1986

Tiz Zaqyah, 25 Oktober 1988

Sagittarius
22 November – 20 Disember
Sifat-sifat Sagittarius: Optimistik, tidak suka dikongkong, mudah ketawa, pandai berlucu, jujur, suka berterus-terang, kurang pandai berlapik apabila berbicara, intelektual dan berpegang pada prinsip.
Dan Mereka Ini Merupakan Insan Berzodiak Sagittarius:
Siti Nordiana, 22 November 1984
Datin Diana Danielle, 22 November 1991

Nabila Huda, 2 Disember 1984
