Pelakon Bella Dally menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 pada hari ini bersama suami dan keluarga tercinta.

Menerusi laman sosial Instagram, Bella memuat naik momen-momen kemeriahan sambutan ulang tahun yang diadakan malam tadi.

“Adakan majlis sambutan ulang tahun yang meriah bersama keluarga. Terima kasih kepada semua yang menganjurkan dan menjadi sebahagian daripada sambutan ini,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

One of my many gifts in life ❤️

A post shared by ⭐️ B e l l a D a l l y ⭐️ (@belladally) on

Bertemakan warna pastel dan putih, majlis tambah meriah apabila Bella turut berkongsi hari istimewa tersebut bersama kakak iparnya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memberikan ucapan ulang tahun serta teruja melihat kebahagiaan Bella dan suaminya, Arif Izzudin.

“Happy birthday Bella. Ee muka sama, till jannah untuk kalian berdua,” tulis seorang wargamaya.

“Semoga dipanjangkan jodoh sampai syurga, ya Allah amin,” doa seorang wargamaya.

“Semoga Allah merahmati kalian berdua sampai syurga,” kata seorang wargamaya.

“Selamat ulang tahun, semoga bahagia dengan suami tercinta dan hingga jannah ya,” komen seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkahwin dengan Arif Izuddin pada tanggal 31 Mac 2019.

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018.