BERITA
Rai Hari Jadi Bersama Pelancaran Lagu Terbaharu
Penyanyi berbakat besar, Indah Edrea bukan saja senang bekerjasama dengan komposer dan penyanyi tempatan di sini tetapi menjadikan Malaysia sebagai rumah keduanya.
Indah sebelum ini bernaung di bawah syarikat pengurusan Cloudworks Record pernah mempromosikan single pertamanya, Pergilah Bersamanya, di sini tiga tahun lalu.
Dia kini tampil dengan lagu dalam versi terbaru, Jodoh Pasti Bertemu, semakin mencuri tumpuan peminat tempatan.
Selain berulang alik mengadakan promosi lagunya di Jakarta dan Kuala Lumpur, Indah juga sering ke sini untuk bertemu peminatnya.
Kunjungannya kali ini cukup isimewa apabila Indah meraikan hari jadinya ke-30 di sini.
Ujarnya, ini adalah pengalaman pertama kalinya dia menyambut hari jadinya di Malaysia iaitu pada 7 Januari bersama peminat tempatan.
"Rasa seronok sangat sebab merasa sangat disayangi peminat-peminat di sini," katanya kepada Astro Gempak.
Sempena sambutan hari jadinya kali ini, Indah berhajat agar lagu terbarunya, Jodoh Pasti Bertemu yang dilancarkan hari ini diminati ramai.
"Semoga lagu ini menjadi rezeki Indah pada tahun ini," katanya yang sudah pulang semula ke Jakarta, hari ini.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @cloudworksrecord
Must-Watch Video