Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya.
Alha turut berkongsi dua keping foto bersama tunangnya beserta kapsyen menyatakan hari tersebut merupakan hari kelahirannya dan mengharapkan segala perancangan berjalan dengan baik.
"Alhamdulillah, hari ini HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN saya..dan hari ini permulaan langkah pertama menuju hari bahagia.
"Insyaallah kejap lagi majlis pertunangan saya bersama bakal isteri saya..Chinggg," tulisnya.
Pada majlis tersebut, Alha telah menyerahkan lima dulang hantaran dibalas tujuh oleh pihak perempuan.
Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada 29 September tahun depan.
Rata-rata pengikut Alha mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.
Jom lihat foto-foto menarik sepanjang majlis itu.
Sumber: BH Online