Rai Syawal Awal, Imam Dakwa Sudah Telefon Allah: “Allah SWT Kata 5 Jumaat”
Maliah Surip
06/04/2024 03:20 MYT
06/04/2024 03:20 MYT
Peristiwa ratusan jemaah di Dusun Panggang III, Giriharjo, Kecamatan Panggang, Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia sudah melakukan solat sunat Aidilfitri sekaligus menyambut 1 Syawal pada 5 April 2024 masih menjadi perhatian.
Dia yang juga dikenali sebagai Mbah Benu mendakwa telah menghubungi dengan cara menelefon Allah untuk memastikan seluruh pengikutnya dapat berhari raya semalam.
“Saya tidak pakai perhitungan (untuk menentukan Aidilfitri). Saya telefon terus Allah SWT, 'Ya Allah ini sudah 29, 1 syawalnya bila?'
“Allah SWT mengatakan tanggal 5 Jumaat," kata Mbah Benu seperti dalam video yang tersebar dan dilaporkan Suara.com.
Mbah Benu malah mengatakan tidak gusar dengan pandangan masyarakat mengenai tindakan jemaah mereka yang sudah menyambut hari raya.
“Kalau disalahkan orang saya tidak apa. Ini urusan saya (dengan Allah),” katanya tegas.
Sementara itu pihak berkuasa terkait dengan majlis agama mengaku tidak boleh memaksa jemaah Aolia yang dipimpin Mbah Benu untuk mengikut peraturan selaras dengan pemerintah.
Hal ini kerana jemaah Aolia didakwa melakukan amalan sebagai umat Islam seperti biasa kecuali tentang keyakinan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Mereka punya dalil sendiri yang telah diyakinkan oleh pemimpinnya (Mbah Benu).
“Dan ini juga bukan peristiwa pertama kali mereka sambut raya lebih awal. Cuma tahun ini menjadi lebih hangat kerana mereka sambut raya awal lima hari berbanding tahun-tahun sebelumnya,” ujar wakil daripada kementerian agama di wilayah Jogja.
BERITA TRENDING: Masyarakat Di Yogyakarta Sudah Sambut Aidilfitri Hari Ini, Dakwa Ada Pengikut Di Malaysia
Selepas video dan foto ahli jemaah serta pengikut KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo sudah merayakan 1 Syawal, individu yang juga merupakan Imam Masjid Aolia tersebut mendakwa menyambut Aidilfitri lebih awal selepas mendapat ‘keyakinan’ Allah.Dia yang juga dikenali sebagai Mbah Benu mendakwa telah menghubungi dengan cara menelefon Allah untuk memastikan seluruh pengikutnya dapat berhari raya semalam.