Pavilion Bukit Jalil menyambut Tahun Naga yang megah melalui kempen Tahun Baru Cinanya - Big Prosperity Celebration sehingga 25 Februari 2024!

Raikan semangat limpahan dan kemakmuran Tahun Baru Cina yang mempamerkan kemeriahan perayaan tahunan dengan hiasan perayaan menampilkan 9 ekor naga, pengalaman menarik dan ganjaran hebat dalam meraikan perayaan ini bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jemput bergambar bersama 9 ekor naga di sekeliling centre court yang membawa simbolik kepada kemakmuran, nasib baik serta rezeki melimpah ruah.

Para pengunjung juga boleh mencuba nasib di mesin Big Prosperity Luck dan mesin Big Prosperity Spin serta menerokai pelbagai gerai jualan yang disediakan di CNY Marketplace di centre court, aras 2, malah mengamit keindahan suasana dekorasi Tahun Baru Cina bersama keluarga yang tersayang.

Sertai pelbagai bengkel dan persembahan yang menghiburkan, termasuk Tarian Maskot Naga, pameran fesyen, Tarian Singa Akrobatik dan banyak lagi.

Para pengunjung juga boleh menulis harapan yang ingin dicapai dan dihajati mereka bagi tahun baharu bersama yang tersayang pada sekeping kad khas dan mengantungkan kad tersebut di Pavilion Wishes Tree.



Selain itu, kunjungi pelbagai gerai jualan di CNY Marketplace dan pesta perayaan di PIAZZA, seperti Watsons x Ping Min CNY Artisan Market (19 - 21 Januari 2024) dan Selangor New Village 2.0 - Balik Kampung CNY Fest 2024 (1 - 4 Februari 2024), mempamerkan makanan tempatan, seni, kraf dan budaya tradisional Cina.



Mulai sekarang sehingga 25 Februari 2024, belanja dan tebus pek ang pow, baucar beli-belah dan dulang kaca berjenama Pyrex dengan pembelanjaan minimum RM100, RM300 atau RM600 dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil.



Nikmati lebih banyak ganjaran sebagai ahli Pavilion Privileges musim perayaan ini dengan pembelian eksklusif dengan pembelian di BUKIT JALIL TSUTAYA BOOKS, JYNNS, HOHM dan Absolute Siam sementara stok masih ada, berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Tambahan pula, daftar sebagai ahli baharu membolehkan anda untuk menebus beg bertuah Watsons istimewa bernilai RM88 – sementara stok masih ada.

Kunjungi pameran menarik yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil semasa musim perayaan ini. Singgah dan lawati REX Home Expo (19 - 21 Januari 2024) dan iFood Expo: CNY Carnival 2024 (26 – 28 Januari 2024) di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre, aras 5, The Fullmetal Alchemist Exhibition (24 Januari - 24 Mac 2024) di aras 2, Zon Jingga dan B★VERSE, Singing the Stars Immersive Exhibition World Tour (1 Disember 2023 - 10 Mac 2024) di aras 3, Zon Jingga.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai aktiviti Big Prosperity Celebration Pavilion Bukit Jalil, layari www.pavilion-bukitjalil.com, semak kemas kini melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 8092 8833.