Laman Utama

Rai Ulang Tahun Ke-8, Go Shop Tawar Baucer RM8 Juta, Hadiah, Diskaun Serta Tampilkan Siti Nurhaliza & Fouziah Gous Dalam Live Party!

gempak
Syafiqah Jalal
18/10/2022
08:38 MYT
Sponsor Banner
Rai Ulang Tahun Ke-8, Go Shop Tawar Baucer RM8 Juta, Hadiah, Diskaun Serta Tampilkan Siti Nurhaliza & Fouziah Gous Dalam Live Party!
Sempena ulang tahun ke-8, Go Shop melancarkan Jualan Hari Jadi ke-8 jualan menarik selama tiga minggu untuk pelanggan.
Kempen khas itu berlangsung dari 18 Oktober hingga 8 November 2022 dengan tawaran hebat dan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk meraikanya bersama pelanggan.
Menariknya dengan sambutan itu, Go Shop akan memberikan baucar RM8 juta, hadiah dan Go Points bernilai RM88,000 serta rancangan Live Party istimewa dengan tawaran istimewa dan tawaran Beli 1 Percuma 1.
Pelanggan juga boleh membeli-belah dan menikmati penjimatan hebat merentasi semua kategori produk teratas termasuk perkakas rumah, barangan dapur, makanan, fesyen dan produk kecantikan serta barangan digital.
Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim berkata, Jualan Ulang Tahun kami adalah acara yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini kerana mereka sentiasa berinovasi untuk melengkapi perubahan pasaran yang semakin meningkat serta permintaan dan trend yang sentiasa berubah di Malaysia.
“Dengan kelebihan pasaran digital yang pelbagai, kami telah menggabungkan seni membeli-belah barangan rumah dengan mempunyai produk yang betul dalam platform digital yang betul untuk menjangkau rangkaian pelanggan yang lebih luas, sekali gus meningkatkan pangkalan pelanggan berdaftar kami kepada 3.2 juta pelanggan.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami atas sokongan mereka yang berterusan dan kami telah menyediakan sebuah siri tawaran ulang tahun yang menarik dan hebat dengan menampilkan rangkaian produk yang luas dan sesuai untuk seisi keluarga termasuk tawaran terbaik dan jualan pukal barangan terlaris kami dengan penjimatan dalam masa yang terhad, untuk memberi pengalaman membeli-belah yang menarik kepada pelanggan kami.
“Nantikan kategori baharu kami ‘Go Shop Premium’ di mana pelanggan boleh mendapatkan barangan daripada jenama-jenama tulen dan premium serta ‘Service and Tour’ yang menampilkan pakej percutian dengan nilai hebat dan pengalaman perjalanan istimewa di Malaysia. Go Shop Premium kini menempatkan lebih 20 jenama tempatan dan antarabangsa merentasi kategori daripada fesyen, kecantikan, aksesori hingga barangan rumah dan kediaman – BONIA, HABIB, Crabtree & Evelyn, Dermalogica, Sothys, Lebensstil Kollection, Naruko, Noritake, SMEG dan banyak lagi,” katanya.
Ini 6 Tawaran Ulang Tahun Ke-8 Go ​​Shop yang rugi untuk dilepaskan:
#1 Go Shop Live Parties
Nantikan Go Shop 8mazing Live Parties dengan lebih 3 jam tawaran hebat untuk pelanggan merebut tawaran Beli 1 Percuma 1, promosi istimewa dan lebih banyak diskaun. Acara ini akan menampilkan tetamu-tetamu selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Hajjah Fouziah Gous, Chef Izyan Hani dan Wong Chui Ling. Saksikan 8mazing Live Party pada 29 Oktober ini dari jam 9.00 pagi – 12.30 tengah hari di Astro saluran 303 dan pada 30 Oktober dari jam 9.30 pagi – 1.00 petang di Astro saluran 118. Para pelanggan juga boleh strim acara ini secara SIARAN LANGSUNG melalui Astro GO atau di laman sesawang, aplikasi mudah alih, platform YouTube dan laman Facebook Go Shop.
#2 Beli-Belah & Menang Hadiah Menarik:
Pelanggan yang berbelanja minimum RM288 pada setiap pembelian akan mendapat penyertaan untuk bertanding dalam memenangi lebih RM88,000 hadiah menarik dan Go Points. Lebih banyak anda membeli-belah, lebih banyak penyertaan yang anda akan perolehi. Hadiah yang dimenangi termasuk Samsung Galaxy Z Flip4, Samsung Tab S7 FE, telefon pintar OPPO, tawaran pakej hotel, Go Points bernilai RM88 dan banyak lagi.
#3 Nikmati Diskaun dengan Segera:
Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga RM88 apabila menggunakan kod BDAY88 dengan perbelanjaan minimum RM688.
#4 Sambutan Pra-Ulang Tahun dengan Go Shop:
Pelanggan boleh menonton ‘Pre-Birthday Live Shows’ pada hari Jumaat, 28 Oktober jam 11.00 pagi di Astro saluran 118 dan jam 12 tengah hari di Astro saluran 303 untuk membeli-belah dengan tawaran pukal barangan mesti beli (must-buy) bernilai RM88 dan RM188.
#5 Muat turun aplikasi Go Shop untuk Memenangi Lebih Banyak Hadiah:
Pelanggan boleh memuat turun aplikasi Go Shop di Google Play atau App Store dan memutar Emoji Wheel pada aplikasi tersebut setiap hari untuk memenangi Go Points.
#6 Gembirakan diri anda dengan Kotak Misteri:
Pelanggan akan menerima pelbagai hadiah apabila mereka membeli Emoji Mystery Boxes berharga RM18 yang terdiri daripada produk hebat daripada jenama-jenama seperti Neoflam, Aurasia, Haushault, Nakada, Pyrex dan banyak lagi yang bernilai lebih RM100,000 secara keseluruhan.
Untuk maklumat dan kepuasan membeli belah layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store untuk mengetahui tentang tawaran-tawaran Ulang Tahun Ke-8 Go ​​Shop. Jangan lupa untuk menonton Saluran Go Shop di Astro – Go Shop RUUMA saluran 118, Go Shop GAAYA saluran 120, Go Shop BAARU saluran 111 dalam Bahasa Melayu dan saluran 303 dalam Bahasa Mandarin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live