Sandiwara cinta, Selimut tertangga, Sayang Sampai Mati antara lagu-lagu popular dari Repvblik Band. Sudah pasti peminat-peminat kumpulan muzik ini, mengingati dan menghayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut.

Selepas sembilan tahun, kumpulan yang berasal dari Bogor, Indonesia yang dianggotai oleh Ruri (Vokalis), Lavy (Bass), Tyar (Keybord dan Backing Vokal), dan Ei (Gitar utama) itu telah bergiat aktif sejak 2007.itu teruja untuk kembali ke Malaysia menghiburkan peminat mereka sempena ulangtahun ke-19 pada 11 Ogos 2023 nanti.



Konsert Revpblik Band sempena ulangtahun ke-19 yang dibawakan khas oleh Aytie Management dan Boomset Planning bakal menyajikan peminat dengan pertembungan karya-karya baharu dan lama Revpblik Band termasuk lagu hits mereka Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Sayang Sampai Mati dan Sandiwara Lagi yang pernah melonjakkan nama kumpulan band ini. Sebanyak 16 lagu akan dipersembahkan pada malam konsert itu nanti.

Proses pemilihan lagu agak mencabar kerana band ini memikirkan lagu yang paling disukai khalayak ramai serta karya terbaik daripada seleksi album mereka.

Lancar lagu Sandiwara Lagi

Repvblik Band yang memperjuangkan genre Pop Rock dan Rock Alternatif sudah menghasilkan lapan album sejak kemunculan mereka dalam industri muzik pada tahun 2004.

Istimewanya tahun ini Repvblik Band telah melancarkan sebuah lagu berjudul Sandiwara Lagi yang dihasilkan menerusi kisah cinta sebenar vokalis Repvblik Band, Ruri Herdian Wantagio juga pencipta untuk lagu tersebut.

Untuk rekod, lagu Sandiwara Cinta merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 113 juta jumlah tontonan di platform Youtube selain lagu tersebut sering menduduki carta lagu di stesen radio tempatan dan lagu-lagu dari Repvblik Band sering diputarkan dicorong-corong radio tempatan.

A post shared by REPVBLIK OFFICIAL (@repvblik_ind)


Tiktoker Yuletta Yucha opening

Persembahan pada malam itu nanti akan menampilkan Yuletta Yucha, Tiktoker yang sedang meningkat naik sebagai penyanyi undangan untuk persembahan pembukaan.

Yuletta Yucha akan menyampaikan empat buah lagu dan satu lagu duet bersama Repvblik Band.

Peminat boleh mendapatkan tiket konsert tersebut secara rasmi yang akan mula dijual melalui ticket2u.com.my/Repvblik bermula 3 Julai 2023 jam 11 Pagi.

Tiket-tiket mula dijual dengan harga serendah RM155, RM255, RM295, RM365 dan VIP Box pada harga RM4,800.