Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Raih Anugerah Kategori Keushawanan, Neelofa Menang Influencer Awards 2019 Monaco

Azwa Rahman 07/10/2019 | 08:04 MYT
Pengacara MeleTOP dan pengasas Naelofar, Neelofa menerima anugerah Entrepreneur menerusi Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco semalam.
Menurut Neelofa, dia berasa sangat teruja diiktiraf menerusi anugerah berkenaan memandangkan setiap penerima yang terpilih dipilih oleh juri dan calon-calon setiap kategori datang daripada seluruh dunia.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini.
“Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa,” katanya menerusi satu kenyataan kepada Gempak.
Tambah Neelofa lagi, perniagaan hijab yang diusahakan sejak 2014 dan prioritinya terhadap fesyen sopan telah membuka peluang untuknya mengembara dan memperkenalkan Malaysia ke persada dunia.
“Saya sendiri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini rupa. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah membawa kepada kewujudan jenama Naelofar, pengiktirafan ini merupakan titik tertinggi dalam karier bisnes saya setakat ini.
“Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform buat saya memperkenalkan negara kita dan fesyen sopan kepada orang luar,” katanya lagi.
Influencer Awards 2019 Monaco merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.
Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas
Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).
#Fesyen #Selebriti #Influncer
;