HIBURAN
Raih CGPA 3.40, Netizen Gelar Syasya Rizal Beauty With Brain - “Dah Lah Cantik, Bijak Pula Tu”
Penyanyi, Syasya Rizal mendapat perhatian netizen selepas berkongsi pencapaian akademiknya.
Cantik dan bijak
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Syasya atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal telah berkongsi keputusan CGPA (Cumulative Grade Point Average) yang diperoleh iaitu 3.40, manakala bagi GPA (Grade Point Average) pula sebanyak 3.84.
Syasya berkongsi perkara itu bagi menjawab pertanyaan seorang netizen mengenai pencapaian akdemiknya.
Malah menerusi hantaran yang sama juga Syasya memohon doa agar dia dapat menghabiskan pengajiannya.
Difahamkan Syasya kini melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Psikologi.
undefined