Raih RM26.1 Juta, PASKAL The Movie Jadi 'The Highest Rated Malaysian Movie 2018 On IMDb'

Kamaruddin Razal
Oktober 25, 2018 13:08 MYT
Filem PASKAL The Movie semakin melakar kejayaan selepas meraih kutipan sebanyak RM26.1 juta dalam tempoh 28 hari tayangan.
Lebih manis lagi, PASKAL The MOvie menjadi 'The Highest Rated Malaysian Movie 2018 On Internet Movie Database (IMDb)' dengan 8.4 per 10.
IMDb merupakan sebuah pangkalan data atas talian untuk semua informasi berkaitan filem di serta dunia.
Filem arahan Adrian Teh ini masih hangat ditayangkan di pawagam dan mendapat perhatian penggemar filem pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa.
Filem PASKAL The Movie yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini telah menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.
PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!
#Paskal #PASKAL The Movie