Hiburan
Raih RM7.5 Juta Dalam 4 Hari Tayangan, Ramai Nak Repeat Tengok PASKAL The Movie!
Filem arahan Adrian Teh, PASKAL The Movie meraih kutipan sebanyak RM7.5 juta dalam empat hari tayangan.
Memulakan tayangan rasmi pada 27 September lalu, filem ini mendapat respon positif peminat.
Menerusi pemerhatian di laman sosial, ramai peminat yang selesai menonton filem ini memberikan maklum balas yang baik dan memuji jalan cerita yang disampaikan.
Ada juga penonton yang mahu menonton filem PASKAL The Movie sekali lagi, malah ada juga yang menontonnya buat kali ketiga dan keempat.
Filem PASKAL The Movie yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini mendapat perhatian ramai pihak.
PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!
Must-Watch Video