HIBURAN
Raikan 30 Tahun Cinta, Melly Goeslow & Suami Bersanding Lagi!
Penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslaw mencuri perhatian apabila kembali naik pelamin bersama suaminya, Antoe Hoed, sempena meraikan ulang tahun ke-30 perkahwinan mereka.
Majlis istimewa itu diadakan di Bandung, Jawa Barat dengan mengetengahkan adat Sunda, lengkap dengan dekorasi seperti resepsi perkahwinan sebenar.
Melly dan Anto tampil mempesona dalam persalinan pengantin tradisional, manakala para tetamu yang hadir turut mengambil peluang bergambar bersama pasangan itu seperti di majlis perkahwinan biasa.
“Happy Wedding Anniv 30 Tahun @melly_goeslaw & @antohhoed. Barakallah untuk hari istimewa ini. Semoga selalu langgeng, harmonis, dan saling membahagiakan sampai tua nanti,” tulis selebriti, Nagita Slavina menerusi Instagram pada 11 Ogos lalu.
Antara rakan selebriti yang hadir memeriahkan majlis ialah Hedi Yunus, Nagita Slavina, Sahrul Gunawan, Aming, Ingrid Kansil, Mayangsari, Selvi Kitty dan Camelia Malik.
Melly yang terkenal dengan jolokan ‘Ratu Soundtrack’ itu tampil menawan dalam busana pengantin adat Sunda lengkap dengan siger, menyerlahkan keanggunan dan kemuliaan.
Untuk rekod, Melly dan Anto mendirikan rumah tangga pada tahun 1995 selepas berkenalan dalam tempoh tiga bulan sahaja. Pasangan ini kini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Anakku Lelaki Hoed dan Pria Bernama Hoed.
Must-Watch Video