Raikan Israk Mikraj Dengan Konsert Garis Masa Raihan Pada 18 Februari Ini, Habib Ali Zainal Hingga Neelofa Pun Ada!
Maliah Surip
22/01/2023 09:45 MYT
22/01/2023 09:45 MYT
Peristiwa Israk Mikraj adalah salah satu kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT.
Jatuh pada 27 Rejab setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia memuliakan sambutannya dengan pelbagai keraian termasuk ceramah atau festival bersifat kerohanian yang mengandungi pengisian tentang Israk Mikraj.
Secara ringkasnya, Israk bermaksud perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan menunggang buraq, manakala Mikraj pula merujuk kepada pergerakan baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha.
Perkara itu ada dirakamkan dalam al-Quran menerusi Surah al-Isra’, ayat 1 dan Surah an-Najm, ayat 13 hingga 18.
Mengambil sempena dengan perjuangan perjalanan Rasulullah SAW, WNS Marketing Sdn Bhd bersama Musollah Aisya & Ribath Fatimah Az Zahra dengan sukacitanya menganjurkan Festival Cahaya Israk Mikraj.
Lebih mengujakan sebuah acara besar yang telah lama dinantikan peminat iaitu Konsert Garis Masa Raihan menjadi ‘kunci’ kepada festival ini.
Dijadual berlangsung pada 18 Februari 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, Konsert Garis Masa Raihan yang bermula pukul 9 malam menjadi konsert tunggal kumpulan nasyid tersohor negara ini untuk tahun 2023.
Sengaja dinamakan Konsert Garis Masa Raihan, malam tersebut akan diisi dengan untaian lagu yang telah membuat Raihan harum di seluruh dunia.
“Raihan telah berada dalam belantika muzik Malaysia dan menjadi kumpulan nasyid yang berpengaruh serta sama penting seperti pemuzik dalam genre pop misalnya sejak album pertama yang dirilis pada 1996 iaitu Puji Pujian.
“Sejak itu Raihan telah melalui perjalanan yang panjang dengan turun naik, keluar masuk anggota dan kematangan muzik. Dan di sepanjang garis masa yang dilalui Raihan, kami bersyukur kerana peminat tidak pernah meninggalkan kami. Raihan sentiasa mendapat sokongan daripada semua.
“Sebab itu konsert kami pada kali ini dinamakan sebagai Konsert Garis Masa Raihan. Lebih istimewanya juga ia menjadi acara kemuncak dalam festival Cahaya Israk Mikraj yang dianjurkan bersempena memperingati perjalanan Rasulullah SAW ini ikut mempunyai segmen lainnya pada sebelah siang hari,” ujar Che Am dari Raihan.
Menjanjikan sebuah konsert yang akan terus menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap Islam dan perjuangan Rasulullah SAW, Raihan akan mendendangkan hits mereka seperti Syukur, Iman Mutiara, Senyum dan Sesungguhnya yang cukup ikonik dengan kumpulan tersebut.
Terdahulu Konsert Garis Masa Raihan akan dibuka dengan kehadiran tokoh Islam, Habib Ali Zainal Abidin dan Habib Jamal Bin Toha Ba’agil dan Sidi Abu Anas Abu Jaish dalam slot khas yang disediakan.
Untuk slot pembukaan pada malam tersebut Habib Ali Zainal Abidin, Habib Jamal dan Amy Search akan tampil memeriahkan lagi pada malam itu.
Sementara itu pihak penganjur yakin Konsert Garis Masa Raihan akan menjadi kemuncak acara yang seimbang dan bermanfaat buat pengunjung.
“Sebagai sebuah kumpulan yang sudah membawa nama Malaysia ke pelusuk dunia lewat lagu lagu kerohanian mereka, kami percaya Raihan akan menarik banyak peminat hadir bukan semata mata untuk menikmati persembahan mereka, tetapi juga menghayati seluruh pengisian penganjuran Cahaya Israk Mikraj ini sendiri,” kata Encik Iam Jim mewakili WNS Marketing Sdn Bhd.
SUB HEAD: Mengetuk Pintu Langit Israk Mikraj & Kembara Keajaiban & Keimanan Israk Mikraj
Selain Konsert Garis Masa Raihan, festival Cahaya Israk Mikraj disusun dengan pelbagai aktiviti yang akan ‘membawa’ kita semua kembali merenung dan menghargai pengorbanan Rasulullah SAW terhadap umatnya.
“Selaku penganjur kami amat tidak sabar untuk membawakan Cahaya Israk Mikraj kepada semua.
“Selain penganjurannya adalah untuk membawa kita semua sama sama menghayati makna di sebalik peristiwa Israk Mikraj, kami juga mahu tradisi sambutan salah satu peristiwa penting dalam kelendar Islam ini terus diingati dan sampai kepada generasi masa kini,” kata Datin Paduka Umie Aida dari Musolla Aisya yang merupakan penganjur bersama festival.
“Apa yang penting Cahaya Israk Mikraj diisi dengan puji pujian terhadap Rasulullah, acara terbaik dan seimbang, supaya semua yang hadir mendapat manfaat dari penganjuran festival ini,” ujar Puan Erma Fatima mewakili Ribath Fatimah Az Zahra selaku penganjur bersama.
Cahaya Israk Mikraj akan berlangsung dengan tiga acara bermula seawal pukul 9 pagi sehingga 11.30 malam. Ia merupakan segmen tausiah dan ceramah sebelum malam kemuncak ditutup dengan persembahan Garis Masa Raihan.
Acara akan dimulakan dengan ceramah berjudul Mengetuk Pintu Langit Israk Mikraj yang menampilkan Ustazah Halimah Alydrus bersama beberapa rakan selebriti termasuk Neelofa, Umie Aida, Hana Ismail, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Zizi Kirana.
Dimulakan pada 9 pagi sehingga 12 tengahari, Mengetuk Pintu Langit Israk Mikraj berlangsung khusus untuk kaum muslimin atau wanita sahaja.
“Bersama Ustazah Halimah Alydrus, dengarkan juga pengalaman dan perkongsian pada selebriti mengenai perjalanan hidup mereka,” kata Umie Aida.
Acara kemudian disambung pada sebelah petang bermula pukul 2 sehingga 4 petang dengan Kembara Keajaiban & Keimanan Israk Mikraj.
Kembara Keajaiban & Keimanan Israk Mikraj yang merupakan acara muslimat ini akan menampilkan Ustazah Amirah Novel Jindan, Ustazah Asma’ Binti Harun, Ustazah Aminah BSA, Ustazah Alwiyah Assegaf, Ustazah Muna Assegaf, Ustazah Sofia Alhabsyi, Ustazah Khudaij Alosmany sebagai panel.
Apa yang penting, penganjur juga tidak sabar untuk menyalurkan hasil keuntungan kutipan tiket kepada Yayasan Ar Ri’ayah.
“Besar juga harapan kami Cahaya Israk Mikraj akan menjadi acara tahunan dan tanda aras yang selalu diingat sebagai memperingati salah satu peristiwa penting buat umat Islam,” kata Erma Fatima.
Tiket pembelian Konsert Garis Masa Raihan dan setiap sesi Cahaya Israk Mikraj boleh dibeli di www.ticket2u.com.my.
INFORMASI
ACARA: CAHAYA ISRAK MIKRAJ
LOKASI: STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM
TARIKH: 18 FEBRUARI 2023
OBJEKTIF KONSERT DAN FESTIVAL : Menghayati makna di sebalik peristiwa Israk & Mikraj
Penganjur : WNS Marketing Sdn Bhd
Penganjur bersama : Musollah Aisya dan Ribath Fatimah Az Zahra
SEGMEN MALAM: GARIS MASA RAIHAN
TETAMU: Raihan, Habib Ali Zainal Abidin, Habib Jamal Bin Toha Ba’agil, Sidi Abu Anas Abu Jaish & Amy Search
DURASI: 8 - 11.30 malam
SEGMEN PAGI: MENGETUK PINTU LANGIT ISRAK MIKRAJ
PANEL: Ustazah Halimah Alydrus, Neelofa, Umie Aida, Hana Ismail, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Zizi Kirana
DURASI: 9 pagi - 12 tengahari
(ACARA KHUSUS WANITA SAHAJA)
SEGMEN PETANG: KEMBARA KEAJAIBAN & KEIMANAN ISRAK MIKRAJ
PANEL: Ustazah Amirah Novel Jindan, Ustazah Asma’ Binti Harun, Ustazah Aminah BSA, Ustazah Alwiyah Assegaf, Ustazah Muna Assegaf, Ustazah Sofia Alhabsyi, Ustazah Khudaij Alosmany
DURASI: 2 - 4 petang
(ACARA KHUSUS WANITA, DISARANKAN TIDAK MEMBAWA BERSAMA ANAK KECIL ATAU ANAK LELAKI DEMI KESELESAAN PENGUNJUNG)

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
PEMBELIAN TIKET: www.ticket2u.com.my