Raikan Kejayaan Cemerlang, Rissa Skin Umum Fattah Amin Sebagai Duta Baharu
Rissa Skin, jenama kecantikan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna, melakar satu lagi pencapaian gemilang dengan penganjuran majlis Hi Tea eksklusif di Royale Chulan.
Acara Hi Tea ini diadakan khusus untuk meraikan pemenang bertuah yang telah membeli Putey Whitening Coffee, memberikan sebuah peluang eksklusif untuk menikmati sesi hi-tea bersama Fattah Amin.
Di tengah suasana mewah yang dimeriahkan oleh kehadiran para ahli niaga, rakan media dan pelanggan setia, Rissa Skin berkongsi pencapaian luar biasa mereka dalam industri kecantikan, termasuk kejayaan besar dalam pemasaran digital menerusi TikTok.
“Sepanjang penglibatan Rissa Skin dalam industri ini, Alhamdulillah produk kami mendapat sambutan hangat dan berjaya membantu ribuan pelanggan dalam meningkatkan keyakinan diri dan juga memperbaiki kesihatan kulit mereka. Pelbagai maklum balas positif yang kami dapat dan itu adalah pencapaian paling berharga bagi kami,” kata Haji Ahmad Shah Rizal, Pengasas Rissa Skin.
“Fokus kami adalah untuk menghasilkan produk yang berkualiti dengan menggunakan bahan-bahan premium dan teknologi terkini bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai.” sambungnya lagi
Antara momen kemuncak acara ini adalah pengumuman rasmi pelantikan duta baharu Rissa Skin. Pelakon terkenal, Fattah Amin, yang sebelum ini telah berjaya membawa kejayaan kepada Putey Whitening Coffee, kini diberi tanggungjawab baharu sebagai wajah rasmi untuk produk krim malam Rissa Skin.
“Alhamdulillah, saya sangat teruja dan bersyukur dilantik sebagai duta untuk Intensive Repair Night Cream Rissa Skin. Saya harap dapat memberikan yang terbaik dalam peranan baru ini.
Dengan langkah ini, Rissa Skin turut mengorak strategi baharu dalam pengembangan pasaran ke peringkat antarabangsa, khususnya ke negara jiran seperti Indonesia, serta di Brunei dan Singapura di mana jenama ini turut mendapat sambutan yang sangat baik.