Raikan Semangat Kontijen Negara Ke Sukan Paralimpik Paris 2024 Dengan Menonton Filem 'Gold' Di Astro First
Asyraf Roslan
29/08/2024 12:55 MYT
29/08/2024 12:55 MYT
Sempena temasya sukan Paralimpik Paris 2024 yang mula berlangsung pada 28 Ogos, Astro First berbesar hati untuk membawakan filem ‘Gold’ arahan Adrien Teh ke saluran pawagam rumah anda, Astro First.
Filem ini merupakan filem yang diinspirasikan daripada pemenang pingat emas pertama badminton paralimpik dunia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Cheah Liek Hou.
Menurut Penerbit Eksekutif Filem Gold, Raja Jastina Raja Arshad, filem ini merupakan satu tanda penghargaan dan sokongan teguh kepada atlet negara disamping memberi akses lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk merasai perjuangan atlet yang berjuang di pentas dunia.
“Filem Gold adalah tanda penghargaan dan sokongan teguh kita semua kepada wira-wira atlet negara. Kami percaya, ini adalah masa yang tepat untuk mempersembahkan filem Gold di platform Astro First kerana platform ini mampu memberi akses yang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk merasai dan memahami perjuangan atlet, seterusnya menyuntik semangat dalam diri.

“Kami mendoakan kejayaan Cheah Liek Hou yang akan beraksi dalam acara badminton serta semua atlet yang mewakili Malaysia di pentas berprestij tersebut. Ayuh ‘Go For Gold’!” ujarnya dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.
Filem ini boleh dilanggan menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 29 Ogos.
BERITA BERKAITAN: #Gold: Jack Tan Kongsi Cheah Liek Hou Rasa Gembira Tonton Filem Gold, Harap Dapat Motivasikan Orang Ramai
BERITA BERKAITAN: #Gold: Dapat Sarung Jersi Badminton Rashid Sidek, Farid Kamil Anggap Watak Dalam Filem Satu Penghormatan Besar
BERITA BERKAITAN: #Gold: “Kalau Tak Suka Saya Pulangkan Balik Duit” - Adrian Teh
BERITA BERKAITAN: #Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou
Dengan melanggan filem ini pada satu harga iaitu RM16.20 di platform Astro, manakala RM 19.50 di platform penstriman sooka dalam tempoh 48 jam, penonton dapat menyaksikan nilai kesungguhan dan aksi sukan yang mendebarkan, di samping elemen kekeluargaan dan keharmonian masyarakat.
‘Gold’ dibintangi pelakon hebat antaranya Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou, Farid Kamil sebagai Rashid Sidek, Wan Raja sebagai Misbun Sidek, Fabian Loo sebagai Guan Ting serta penampilan istimewa Tony Eusoff, Nafiez Zaidi dan Ikhram Juhari.
‘Gold’ mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sejak kecil. Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy.
Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah. Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.