Berita
Rain Dedah Pakai Texudo Lama, Beri Cincin Kahwin RM900 Kepada Isterinya, Kim Tae Hee
Bintang terkenal Korea Selatan, Rain yang selama ini agak tertutup mengenai kehidupan peribadinya bersama isteri, Kim Tae Hee kini mula sedikit terbuka.
Sewaktu muncul sebagai hos istimewa dalam program hiburan SBS, My Little Old Boy pada 27 Disember lalu, penyanyi ini mendedahkan mengenai perancangan perkahwinannya beberapa tahun lalu sehingga bagaimana mereka menjalani rutin kehidupan selepas berumah tangga.
Menurut Rain, dia dan Tae Hee memang sejak awal sudah sepakat untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana dan tidak mementingkan kemewahan.
"Kami memang sepakat untuk mengadakan majlis sederhana. Kami membeli sepasang cincin, dengan harga setiap satu 250,000 won (RM900) dan tidak bertukar hadiah," kata Rain sekaligus mengejutkan para panel yang lain seperti dilaporkan MottoKorea.
Tidak hanya membeli cincin dengan harga yang dinilai tidak setanding dengan kekayaan kedua duanya, namun Rain tidak peduli.
"Sejak dulu kami memang tidak mementingkan soal ekonomi. Kami hanya mementingkan apa yang disukai dan selesa," jelas Rain lagi.
Ayah dua anak ini juga mengaku memakai tuxedo lama pada hari perkahwinannya yang serba bersejarah itu pada tahun 2017 silam.
"Saya memakai tuxedo lama dan memang tidak peduli dengan pandangan orang lain," tambahnya lain.
Sementara itu, bercakap mengenai kehidupan rumah tangganya, Rain mengaku suka menikmati hidangan yang disediakan Tae Hee. Namun akuinya, jika sang isteri tidak memasak, dia akan melakukan kerja memasak dan membersih sendiri.
"Dalam kebanyakan masa saya melakukan semua rutin sendiri. Jika isteri tidak mahu makan atau masak, saya tak ada masalah untuk lakukannya sendiri. Lagipun saya hanya makan sehari sekali dan itu adalah prinsip di rumah kami," kata Rain.
Malah mereka juga mengatur kewangan sendiri, dan Rain tidak akan bertanya tentang pendapatan Tae Hee, begitu juga isterinya.
Kredit Foto: MottoKorea, Pinterest