Laman Utama

Rain Hampir Lakukan Pembedahan Plastik

gempak
Maliah Surip
28/03/2022
14:50 MYT
Sponsor Banner
Rain Hampir Lakukan Pembedahan Plastik
Aktor, komposer dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain, sangat sering dikaitkan dengan tindakan melakukan pembedahan plastik demi mendapatkan wajah tampan.
Meski demikian, sejak bertahun lamanya, Rain menafikan dakwaan dirinya melakukan pembedahan plastik. Dia mengaku wajah yang dimilikinya asli.
Namun baru baru ini Rain mendedahkan dirinya hampir melakukan pembedahan plastik kerana saranan teman baiknya, Park Jin Young.
Rain yang kini berusia 39 tahun membuat pengakuan tersebut sewaktu muncul sebagai tetamu dalam episod terkini program Season B Season.
Katanya, sewaktu kecil tidak banyak yang mengatakan dirinya mempunyai penampilan menarik termasuk berwajah kacak.
“Sewaktu kecil ramai yang mengatakan saya buruk (tidak kacak),” katanya seperti dilaporkan Koreaboo.
Justeru, sewaktu awal menyertai bidang seni dan bernaung di bawah syarikat JYP Entertainment, Jin Young meyakinkan dirinya untuk melakukan pembedahan plastik.
“Saya hampir melakukannya (pembedahan plastik). Park Jin Young menyuruh saya lakukannya,” akui Rain.
Dan kerana saranan tersebut membuat Rain menolak melakukan pembedahan plastik.
Malah, tanpa melakukan pembedahan plastik, Rain berjaya menebar pesona dan menjadi salah seorang idola ramai. Selain bakatnya yang hebat, Rain juga dicemburui kerana berkahwin dengan salah seorang aktres berbakat besar, Kim Tae Hee.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live