Pelakon Kim Tae Hee merancang untuk bercuti seketika daripada dunia lakonan untuk memberikan tumpuan kepada keluarga terutama anak perempunya yang baru dilahirkan semalam (Rabu).

Menurut wakil agensinya, Tae Hee dan anaknya kini berada dalam keadaan sihat.

“Tae Hee berada dalam keadaan sihat semasa melahirkan anak perempuannya dan hanya keluarga sahaja dibenarkan untuk melawat.

“Kelahiran bayi comel itu disambut dengan penuh gembira oleh keluarga mereka.

“Bagaimanapun, Tae Hee hanya akan memberikan fokus kepada anaknya untuk sementara waktu dan merancang untuk berehat seketika daripada dunia lakonan.

“Aktiviti promosi untuk projek tertentu juga masih belum dirancang manakala Rain pula akan sibuk dengan projek terbarunya.

“Tetapi sebagai seorang yang baru sahaja bergelar bapa, Rain agak sukar untuk berjauhan dengan anaknya,” kata wakil tersebut.

BACA: KIM TAE HEE SELAMAT BERSALIN, RAIN DAPAT ANAK PEREMPUAN

Foto: Bazaar

Sumber: Allkpop