RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: 10 Suara, Siapa Akan Ke Final? Jom Semak Senarai Lagu Minggu Separuh Akhir

Asyraf Roslan 02/08/2025 | 08:55 MYT

Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum menuju ke pentas akhir Raise The Star Malaysia (RTSMY)

Yang menjadi persoalan kini, berapa bintang yang akan maju ke pentas akhir sekali gus bakal menyanyikan lagu ciptaan komposer-komposer hebat iaitu Aina Abdul, Ajai, Audi Mok, Shila Amzah, dan Ikhwan Fatana.

Dengan tema Master The Pieces, 10 bintang yang masih kekal di cabar untuk menyanyikan lagu solo secara medley.

Siapa pula yang mengungguli tangga lima teratas sekali gus bergelar The Five?

Tapi sebelum itu mari kita semak senarai lagu untuk minggu separuh akhir.

Berikut merupakan senarai lagu tugasan minggu ketujuh:


Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.

​​Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.

Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.

Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

#Raise The Star Malaysia #Minggu Separuh Akhir