gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Festival Muzik EDM HardTech Gegar Sepang Sempena Minggu MotoGP!
BERITA
Saintis Temui Fosil Mamalia Terkecil Berusia 74 Juta Tahun
HIBURAN
Drama Pendek Merdeka 'Siapa Mati Dulu?' Bawa Mesej Perpaduan Dalam Elemen Komedi Seram
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Raise The Star Malaysia: 5 Komposer Terkenal Bergabung Mencari Bintang Baharu, Ini Senarai Penuh 30 Peserta

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
12/06/2025
18:41 MYT
Sponsor Banner
Raise The Star Malaysia: 5 Komposer Terkenal Bergabung Mencari Bintang Baharu, Ini Senarai Penuh 30 Peserta
Program terbaharu Astro, ‘Raise The Star Malaysia’ bakal menyaksikan lima komposer terkenal bergabung dalam mencari lima pelapis baharu untuk mempersembahkan lagu baru hasil gubahan mereka di pentas akhir ‘Raise The Star Malaysia’.
Membawakan format baharu untuk pencinta program nyanyian, ‘Raise The Star Malaysia’ memaparkan pertandingan realiti nyanyian dari perspektif para komposer.
Kelima-lima komposer popular iaitu Ajai, Audi Mok, Aina Abdul, Shila Amzah dan Ikhwan Fatanna akan menggunakan pengalaman, kreativiti dan pengetahuan mereka sepanjang penglibatan dalam industri muzik untuk mencari, membimbing bakat baharu.
‘Raise The Star Malaysia’ membawakan 30 bintang yang telah berjaya melepasi saringan ujibakat dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang.
Disaring oleh juri-juri berbakat, terdiri dari guru-guru vokal, komposer jemputan dan pihak produksi dengan teliti, kesemua mereka telah melalui 2 sesi uji bakat secara digital dan juga fizikal dimana mereka telah membuktikan kepada para juri dengan memberikan lantunan vokal yang mengagumkan.
Top 30 peserta yang bakal berentap di pentas Raise The Star Malaysia ialah:
Aiman Hakim Aliff Amie Amir Aril Eles Ayiena Azren Al Bakri Bella Bosswan Darling Didie Shazry Erika Foo Faysal Saad Halida Ramlee Hariz Fayahet Iqmal Romie Keka Khalyn Maria Effendi Max Brandon Melinda Dadew Nishman Pasya Rayme Scha Nurul Sharee Lopes Syaf Kahar Syahera Wanns Ahmad Zuana Zury
Penjurian Raise The Star Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemarkahan komposer (juri) dan undian pihak umum.
Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.
Dihoskan oleh dua gandingan pengacara terkenal tanah air, Alif Satar dan juga Sherry Alhadad, Raise The Star bakal bersiaran selama lapan minggu dan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam.
‘Raise The Star Malaysia’ bakal menemui penonton bermula 22 Jun 2025, setiap Ahad jam 9 malam secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Topic Berkaitan
#Komposer
#The
#Peserta
#Star
#Malaysia”
#Nyanyian
#Rancangan
#“Raise
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement