RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Ajai Mahu Peserta Tonjolkan Karisma & Jadi Diri Sendiri - "Mereka Kena Elak Daripada...."
Juri tetap Raise The Star Malaysia (RTSMY), Ajai meluahkan rasa syukur selepas melihat prestasi 30 bintang yang membuat persembahan pada minggu pertama.
Menurut Ajai, kesemua bintang telah memberikan yang terbaik namun sebagai juri dan komposer dia mahu setiap daripada mereka menonjolkan sesuatu yang menampakkan kelebihan mereka.
“Alhamdulillah, permulaan ini mereka sudah berikan yang terbaik, mereka semua bukan tak boleh menyanyi tapi malam ini mereka sebenarnya perlu tonjolkan sesuatu agar semua juri dapat melihat apa kelebihan yang mereka ada,” katanya.
Dalam pada itu, Ajai juga menggalakkan setiap peserta untuk berani keluar dari zon selesa dan mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
“Karisma dan jadi diri sendiri dengan menunjukkan apa yang ada pada kamu sebenarnya. Kalau sebelum ini mereka pernah menyertai pertandingan nyanyian sampai menjadi juara tapi tak berjaya cipta nama jadi mereka kena fikir apa kekurangannya disitu.
“Mereka kena elakkan daripada melakukan sesuatu yang akan buat mereka tidak kelihatan dan cuba sesuatu yang mereka tidak pernah lakukan untuk kita faham repertoire kita,” ujarnya.
Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.