RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Dari Awal Sudah Berniat, Didie Shazry Serah Separuh Duit Kemenangan Kepada Kakak - “Dia Pernah Berhenti Sekolah Untuk…”
Menurut Didie atau nama lengkapnya E.D.Shazry Aman, dia mahu mendedikasikan wang kemenangan itu kepada kakaknya, Asniza Norsita Aman sebagai tanda membalas jasa kakaknya yang banyak berkorban untuknya dan adik-beradik yang lain.
“Pertama sekali duit kemenangan ini saya akan berikan kepada kakak saya dan selebihnya saya akan laburkan untuk home studio saya.
“Saya nak berikan kepada dia sebab dia banyak berjuang untuk saya daripada kami kecil sehingga sekarang. Sepanjang pertandingan ini juga dia yang banyak memberikan motivasi kepada saya.
“Saya akui ada masa saya rasa down dalam pertandingan ini tapi dengan adanya dia, saya dapat semangat untuk teruskan perjuangan saya dalam pertandingan ini dan dari dulu dia sudah banyak berjuang.
“Kakak pernah berhenti sekolah untuk beri peluang kepada kami semua untuk belajar, banyak sangat perjuangan dia untuk saya dan adik-beradik,” katanya.
Selain wang tunai, Didie juga berjaya membawa pulang sebuah trofi dan lagu ciptaan komposer, Aina Abdul berjudul Peganglah Hati.
Dalam pada itu, Didie juga berkata bahawa dia memang sudah berniat untuk memberikan wang kemenangan itu sejak menjejakan diri ke dalam pertandingan Raise The Star Malaysia.
“Saya memang sudah berniat daripada awal bila masuk pertandingan ini jika menang saya akan berikan duit kemenangan ini kepada kakak saya,” tambahnya.