RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Darling Syukur Diberi Peluang Tunjuk Bakat Hingga Minggu Keenam - “Dari Minggu Kedua Saya Dah…”
Menurut Darling, dia sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk terus menunjukkan bakat sehingga ke peringkat ini.
“Darling sebenarnya sangat-sangat bangga sebab kalau nak cakap pasal jangkaan tersingkir ni, dari minggu kedua lagi saya dah rasa mungkin akan tersingkir. Tapi Allah bagi rezeki dan peluang untuk terus bertahan sampai minggu keenam, itu pun sudah cukup bermakna,” katanya.
Dalam pada itu, Darling juga akui rasa gemuruh di pentas telah menguasainya sehingga memberi impak pada persembahannya.
Menurut Darling, apa yang sudah dirancang seolah-olah hilang begitu sahaja.
“Saya setuju dengan apa yang Kak Aina cakap tadi, memang betul penghayatan Darling kurang. Lagu yang diberi tu mesejnya sangat besar.
“Mungkin Darling terlepas pandang bab penyampaian mesej tu atau mungkin juga disebabkan terlalu gementar, semua yang Darling dah latih sebelum tu seolah-olah hilang masa atas pentas. Lepas ni, kalau Darling dapat lagu-lagu yang berat dari segi emosi dan mesej, Darling akan berlatih lebih keras supaya tak ulang kesilapan yang sama,” ujarnya.
Menyampaikan lagu Gundah nyanyian asal Ernie Zakri, Darling berjaya memperoleh 35.21 peratus markah keseluruhan.
Selain Darling, turut tersingkir di minggu suku akhir adalah Max Brandon, Scha Nuril dan Melinda Dadew.