RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Gitar Beri Didie Shazry Lebih ‘Aura’ - “Audi Pun Pernah Cakap…”
Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Didie Shazry akui penggunaan instrumen gitar semasa persembahan memberikan satu impak besar buatnya.
Menurut Didie, dia sendiri membuat perbandingan antara persembahan dengan dan tanpa gitar, dan hasilnya sangat berbeza.
“Apa yang Audi cakap tu sebenarnya saya ambil sebagai satu benda positif. Mungkin dia nampak saya lebih yakin bila menyanyi dengan gitar dan saya sendiri rasa benda tu,” kata Didie.
“Masa tak pegang gitar tu, rasa macam kurang ‘aura’. Saya letak diri sebagai penonton dan pendengar bila saya main gitar, beza dia memang jauh,” katanya.
Didie turut berkongsi perancangan untuk mengekalkan penggunaan gitar namun dari jenis yang berbeza.
“Setiap minggu saya akan main gitar. Itu karakter saya. Audi pun pernah cakap, saya lebih berkarisma bila bermain gitar.
“Insya-Allah kalau ada rezeki ke separuh akhir, saya mungkin akan main bass gitar. Kalau ke final, saya nak main instrumen lain juga… mungkin ukulele, sitar pun boleh jadi,” tambahnya.