Raise The Star Malaysia: Hampir Saja Putus Asa, Rayme Tak Sangka Persembahan Jadi ‘Benchmark’ - “Saya Dah Ready Nak…”
Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Rayme akui mengalami tekanan mental apabila kesihatannya sedikit terganggu sebelum menuju ke konsert minggu pertama.
Menurut Rayme, dia hampir berputus asa untuk meneruskan perjuangan di pentas pertandingan itu.
“Sebenarnya untuk beberapa hari saya tidak berapa sihat, semasa rehearsal dan full dress saya tak dapat buat senang cerita suara katak. Saya tak dapat hit semua note dan saya hanya minta doa dari ibu saya sahaja.
“Tapi Alhamdulillah, atas berkat doa ibu saya juga saya dapat berikan persembahan yang terbaik dan mendapat komen yang baik daripada juri-juri tetap
“Ia sangat menganggu mental saya sebenarnya, sebab setiap kali buat semasa sound check semua tak jadi, saya dah ready nak pack my back tapi kawan-kawan semua bagi semangat tapi alhamdulillah dengan ada semangat dari keluarga dan penyokong dapat pulak hit semua note jadi saya sangat bersyukur sebenarnya,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Rayme juga tidak menyangka akan dapat menambat hati barisan juri yang menilai persembahannya bersama Aliff Amie.
Membawakan lagu Beautiful Things nyanyian asal Benson Boone, persembahan Rayme dan Aliff dikatakan sebagai satu persembahan ‘benchmark’ buat perserta lain.
“Saya memang tak sangka juri berikan komen seperti itu lebih-lebih lagi di pentas besar seperti ini, saya mahu berterima kasih kepada semua juri yang berikan saya komen itu saya sangat terharu dan saya akan berikan yang lebih baik untuk minggu-minggu seterusnya,” kongsinya.
Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria jam 9 malam serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.